Monday, September 19, 2011

Kek Kurma Butterscotch

Alhamdulilah dalam hidup ini,masih lagi diberikan peluang untuk menikmati keindahan dan kesedapan makanan.heheheheheh....almaklumlah dah lepas ja raya buah kurma yang telah disedekahkan dari adik belum lagi luak.Actually buah kurma ini telah la aku bw pulang ke kampung suami Pantai Kamloon. Akhirnya dipulangkan semula kepada kami..Tok Soleha takut membazir dalam simpanannya. Maka kurma tadi sampai la semula ke Bukit Cheras ni.

Yang memakai baju color2 tu MakTih yang menetap di Negeri Sembilan, baju putih adik ipar aku, aku yng bertudung, dan itulah Tok Soleha.
Ini gambar berbuka puasa hari terakhir Ramadhan 2010.Tahun 2011 ni tak sempat pulak nak bergambar.
Aku masukkan gambar ini,sebab sengaja nak mengimbas kan semula kenangan.


 Aduhai, sudah tersasar jauh pada tajuk diatas . ^ngeh ngeh ngeh^.
Mengenangkan kurma yang masih banyak berbaki,aku memang teringin sangat nak cuba membuat Kek Kurma tue..padahal pulak tgk chef termuda Anis Nabilah menyediakan nya ..sungguh mudah dan sedap .Jadi aku cuba2 la google dalam internet ni dapatla http://anisnabilah.tumblr.com/ . Seronoknya hati ini ,bukan saja resepi kek kurma,tapi semua resepi yang ada dalam program Rasa-rasa....OMG..mmg senyum sampai ketelinga la aku ni :)

Dalam dok menggoggle tu aku search lagi mana la tau kot ada banyak versi kek kurma.Aku terjumpa ni http://www.myresipi.com/top/detail/8364. Memang sempoi la ada internet ni..segala-galanya dihujung jari ja..Aku cuba-cuba selongkar cari barang apa yang aku ada. Sayang sekali buttercup aku xda...so aku gunala resepi dalam My Resepi..thanx ya Kak Syahilwa...maafla ya sy cp kat sini...mohon ampun dan dihalalkan..:)

Resepi Kek Kurma
http://www.myresipi.com/top/detail/8364.

Bahan-bahan ( 10 org makan )

  • 1 cawan kurma - buang biji
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara

  1. blender telur dgn gula sehingga kembang, kemudian masukkan esen vanila dan seterusnya masukkan kurma.
  2. didalam bekas yg lain, ayakkan tepung dgn soda+baking powder
  3. masukkan bahan yg di blender ke dalam bekas tepung yg di ayak tadi.
  4. masukkan minyak...dan kacau hingga sebati.
  5. bakar pada suhu 150 darjah hingga masak...lebih kurang 50 minit kot.
  6. boleh la makan...
Butterscoth (resepi ni aku cp dr http://anisnabilah.tumblr.com )
Sos Butterscotch
Bahan-bahan: 
  • 3/4 cawan gula perang halus (aku guna gula putih sebab ,gula merah xda stok)
  • 100gm mentega
  • 1 tin susu sejat
  • 1 sudu besar tepung jagung
Cara:
  • Masukkan gula dan mentega kedalam kuali leper. Pastikan api sederhana, kacaukan sehingga gula cair
  • Masukkan susu sejat dan gaukkan sehingga tiada ketulan gula, apabila hampir mendidih perlahankan api dan masukkan tepung jagung yang telah dicairkan dengan air. Gaulkan sehingga sos menjadi pekat.
  • Selepas kek siap dibakar, hidangkannya bersama krim putar dan sos butterscotch
p/s: aku xda camera masa aku buat kek ni, soon aku memang nak buat lagi kek ni.Insya Allah aku akan guna gula merah lak..dan yang pentingnya aku akan upload kan gambarnya. Jgan marah ya semua ~peace~


// Dan yang penting kek kurma ni memang sedap tambahan lagi dengan limpahan sos butterscoth tu buatkan wahhhh bertambah-tambah sedap..cubala....sekejap ja selesai//

No comments:

Post a Comment