Sunday, January 22, 2012

Selamat Tahun Baru Cina

Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa Tionghua, semoga bergembira selamanya. Sempena cuti ini,sekolah pun ditutup selama seminggu. Wah,sakannya!tp kali ini knah xbalik ke kg,cm bercuti di sini sj. Di tv,meriah sggh sambutan perayaaan ini.Di sini sy klik kan sdikt info ttg tahun naga.

petikan dr http://ms.wikipedia.org/wiki/Naga_%28zodiak%29

Naga (zodiak)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dua belas haiwan dalam astrologi Cina:
Tikus Lembu
Harimau Arnab
Naga Ular
Kuda Kambing
Monyet Ayam
Anjing Khinzir
Dragon.svg
Naga (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) ialah bintang haiwan yang kelima dan satu-satunya makhluk mitos dalam kitaran 12 haiwan zodiak Cina. Bintang naga dilambangkan oleh dahan duniawi . Di China, naga dikaitkan dengan kekuatan, kesihatan, harmoni dan tuah; patung naga diletakkan di atas pintu atau bumbung untuk mengusir iblis dan puaka. Dalam budaya Cina, tahun Naga paling digemari ibu bapa untuk melahirkan anak.

Tahun-tahun dan Lima Unsur

Dalam versi Kazakh kitaran haiwan ini, naga diganti oleh siput babi seperti yang ditunjukkan dalam pancutan air di Almaty.
Sesiapa yang lahir dalam mana-mana lingkungan tarikh berikut boleh dikatakan lahir pada "Tahun Naga," serta juga membawa lambang unsur yang berikut:

 Sifat



Kedudukan zodiak ke-5
Waktu naungan 7 – 9 pagi
Mata angin Timur-tenggara
Musim dan bulan Musim bunga, April
Bulan qamari 5 April hingga 5 Mei
Zodiak Barat yang bersamaan Aries
Polariti Yang
Unsur Kayu
Sifat positif Mulia, menimbulkan rasa hormat, berkarisma, bersemangat, baik hati, ramah, berkuasa, yakin, berwarna-warni, pemaaf, aktif, menyeronokkan, terus terang, ceria, spontan, suka berseronok, serba boleh, petah, suka bergaul, berdikari, mencintai kebebasan
Sifat negatif Tidak berhati perut, mengerah, gopoh, cerewet, angkuh, dogmatik, bongkak, zalim, tidak bertoleransi, tamak, egotis, suka bercakap besar, panas baran, tidak mudah puas hati, ganas, agresif, cuai, tidak peka
Paling serasi Tikus, Monyet, Ular, Ayam
Sederhana serasi Naga, Khinzir, Lembu
Tidak serasi Kuda, Harimau, Kambing, Arnab, Anjing

Kalau Satu Mampu, Kalau Lebih Satu...

Sidang teh tarik kami tengah malam semalam dihangatkan dengan pengakuan seorang rakan: "Aku dah berkali-kali cuba bagi tau isteri aku yang aku ni ada 'girlfriend' tapi dia buat tak tau, dia buat dhek aje!"

"Akikkk? Macam mana tu? Betui ka dia buat tak tau? Kalau betui, petua apa yang hang pakai? Boleh hang tolong ajar kami?" sambut seorang rakan dengan nada yang sangat teruja.

Kawan yang peitama itu berkata: "Soal aku sayang perempuan lain ni, tiap-tiap hari aku bagi tau dia. Setiap kali berSMS, dia akan bagi tau aku, Iluv U. Akupun balas I luv U2, Aku tak tulis “too tapi sengaja tulis ‘2' supaya dia faham yang aku sudahpun menduakan dia.

Tapi itulah yang aku hairan, dia boleh buat tak tahu sedangkan aku sudah pun berterus terang, selain dia, ada lagi perempuan yang aku sayang.

Kami semua ‘bantai' ketawa mendengar pengakuan rakan saya itu. Saya sendiri tidak tahu nak kata apa, melainkan hanya ketawa.

Saya kurang pasti sama ada rakan saya itu cuba berhelah dengan isterinya, ataupun berterus terang dengan isterinya. Dan lagi, kami turut menyangka dia berkata benar apabila memberitahu isterinya tidak kisah atau buat tidak tahu dengan apa yang dia beritahu

“Hang jangan dok syok sendiri la, bro! Kalau hang betul-betul berani, hang cakap terus terang dengan bini hang, aku nak tengok," kata saya, sengaja mencabar.

Apa yang dikisahkan oleh rakan saya, itu adalah helah berbahasa semata-mata. Helah berbahasa tidak ada kena mengena dengan soal berani ataupun sikap jujur dan mahu berterus terang.

Helah berbahasa bagaimanapun tidak boleh dianggap sebagai bohong. Apa yang penting ialah bagi pihak yang menerima mesej itu, sama ada dapat atau tidak ‘menangkap' apa yang mahu disampaikan.

Setelah reda sedikit ketawa kami mendengar cerita rakan itu, seorang lagi rakan pula ambil alih sidang dengan cerita apa yang berlaku antara dia dengan, isterinya.

Menurut kawan yang kedua itu, pada suatu petang, tatkala dia dan isterinya duduk menghadap cawan teh dan pisang goreng, datang mood dia hendak bergurau ‘kasar’ dengan isterinya.

Maka, dia pun bĂ©rkata: “Orang lelaki, kaiau hanya ada satu isteri, sebenarnya masih tak cukup syarat!"

“Tak cukup syarat? Apa pasal pulak?" tanya si isteri terpinga-pinga.

Menyedari pancingnya sudah mengena, kawan saya itu menyambung: “Memanglah tak cukup syarat. Nama pun is three, mestilah tiga. Kalau is one baru satu, is two masih tak cukup. Hanya is three baru cukup."

Yakin hujahnya itu masih boleh dilanjutkan untuk menyampaikan maksudnya yang sebenar - kerana apa yang saya tahu, dia sememangnya berhajat malah sudah ada calon pun yang memungggu - kawan saya itu tidak dapat menahanketawa kerana berasa dirinya sudah menang dalam pusingan yang pertama itu.

Namun dia tidak sedan isterinya itu sebenarnya jauh lebih bijak.

“Ok, abang tahu bahasa Inggeriskan? Dalam grammar (tata bahasa) bahasa Inggeris, ada singular (tunggal), ada plural (lebih daripada satu). Kalau singular macam mana abang, apa beza singular dengan plural?"

Maka dijawab oleh si suami dengan penuh yakin, “Kalau singular, tak ada ‘s'. Kalau plural, ada ‘s'."

"Ok, pandai pun abang ingatkan dah lupa."

Maka tersengih-sengihlah si suami - sebagaimana yang diakuinya kepada kami - mendengar pujian itu.

Berkata pula si isteri: “Sekarang abang ada berapa isteri?"

“Satu!"

“Abang mampu atau tidak?"

“Mampu apa? Sara awak? Tentulah mampu. Ada awak rasa tak cukup apa-apa lagi?”

“Tidaklahl Saya tanya abang mampu atau tidak? Maknanya abang mampulah ye?"

"Ye, abang mampu!"

"Ok, sekarang isteri abang ada berapa?" tanya isterinya lagi.

“Tanya lagi... satulah," jawab si suami.

“Ok, satu, mampu tidak ada ‘s' kan? Kalau lebih daripada satu?"

"Alamak! MAMPUS!"


sunting 'copy' dr http://gelihati.blogspot.com/

Berkat sabar harimau tunduk kepadanya

      Telah diriwayatkan pada zaman dahulu tinggal dua orang adik beradik soleh yang tinggal berjauhan antara mereka. Oleh kerana mereka tinggal ber­jauhan, maka jarang mereka bertemu. Kadang-kadang mereka dapat berjumpa setahun sekali sahaja.


     Pada suatu hari si adik ke rumah abangnya kerana ingin menziarahi abangnya. Kebetulan semasa itu didapatinya si abang tiada di rumah. Dia lantas bertanya kepada kakak iparnya ke mana gerangan si abang. Bukan main terperanjat si adik apabila kakak iparnya dengan marah-marah menjawab, “Dia pergi mencari kayu, semoga dia tidak lagi dikembalikan oleh Allah,” sambil itu mulutnya terus memaki-maki suaminya dengan kuatnya. Oleh kerana dia ingin sangat bertemu abangnya, dia bercadang untuk menunggu sehingga abangnya pulang.

      Tidak berapa lama kemudian, pulanglah abangnya dari mencari kayu bersama seekor harimau yang membawakan kayu di atas belakangnya. Setelah abangnya menurunkan kayu dari atas belakang harimau, ia berkata kepada harimau tersebut, “Pergilah semoga Allah memberkati kamu". Setelah itu barulah dia mempersilakan adiknya masuk ke rumah. Sementara itu, isterinya masih tetap memaki-maki sambil marah-marah, namun dia tetap membisu. Tidak dijawab, walau sepatah perkataan pun. Dengan susah-payah dia me­layan adiknya yang datang dari jauh itu, menghidangkan makanan dan makan bersama-sama adiknya. Se­telah bertanya khabar dan berbual-bual, si adik pun ingin meminta izin untuk pulang. Dalam pada itu, adik­nya tidak henti-henti memikirkan kesabaran abangnya menghadapi isterinya yang banyak kerenah itu.

       Pada tahun yang berikutnya, se­kali lagi si adik pergi ke rumah abangnya untuk menziarahi keluarga abangnya. Waktu itu juga abangnya tiada di rumah. Tetapi pada kali ini, kakak iparnya tidak lagi marah-marah dan memaki-hamun suaminya, sebaliknya dia disambut dan dipersilakan menunggu kepulangan suaminya. Sebentar kemudian, pulanglah abangnya sambil memikul kayu di atas bahunya sendiri. Kemudian ia pun mempersilakan adiknya masuk dan makan bersama-samanya. Tetapi kali ini abangnya tidak perlu bersusah-payah melayan adiknya sebaliknya makanan telah pun disediakan oleh isteri yang baik hati itu.
Melihatkan keadaan yang berbeza dari tahun sebelumnya, si adik pun lantas bertanya: “Wahai saudaraku, dahulu ada seekor harimau yang memikulkan kayu untukmu tetapi sekarang kayu, itu engkau pikul sendiri. Dan sewaktu aku sampai ke mari dahulu isterimu sudah berubah sekali. Apakah rahsia di sebalik kejadian ini semua?”

         Tersenyum si abang mendengar pertanyaan adiknya itu. Lantas dia pun menjawab: “Wahai adikku, isteriku yang cerewet itu telah meninggal dunia, dan kerana aku bersabar atas kerenahnya itu maka Allah mendatangkan harimau untuk membantuku. Kemudian ketika aku telah diganti oleh Tuhan dengan isteri yang baik budi ini, sudah tidak ada lagi harimau itu dan aku terpaksa memikul kayu ini sendiri.”

      Begitulah kisah dua orang adik beradik yang soleh, abangnya diuji dengan ragam isteri tetapi dengan berkat kesabarannya, binatang pun boleh tunduk padanya. Begitulah rahmat Allah yang Maha Pengasih ke atas hamba-Nya. Tetapi selepas kematian isterinya dan diganti dengan isteri yang taat, maka nikmat itu Allah beri semula. Nyatalah Maha Adilnya Allah, kepada setiap yang ditentukan-Nya. Sebenarnya setiap kejadian yang berlaku ke atas kita pasti ada hikmah yang besar di sebaliknya, cuma kita yang tidak sedar dan selalu lalai dengan nikmat yang dikurniakan Allah.

        Se­tiap hari kita seringkali diuji dengan kesabaran. Adakah kita boleh ber­sabar bila berdepan dengan ragam anak-anak tatkala badan kita terlalu letih, bolehkah kita bersabar bila dimarahi, atau tahankah hati kita bila pulangnya suami ke rumah dalam keadaan yang marah-marah tanpa kita ketahui punca yang sebe­narnya. Dan kita akan menghadapi seribu satu macam masalah yang menggugat kesabaran kita dalam mengendalikan urusan seharian. Memanglah untuk menyebut per­kataan sabar itu adalah mudah, tetapi untuk mempraktikkannya amatlah payah. Tetapi bagi orang yang ingin mencapai darjat yang tinggi di sisi Allah, walau terpaksa menderita, mereka sanggup melakukannya. Sebab, mereka tahu bala bencana yang menimpa mereka boleh menghapuskan dosa-dosa yang lalu di samping mereka yang mendapat pahala yang tinggi di sisi Allah. Rasulullah SAW juga pernah bersabda: “Barangsiapa yang dapat ber­sabar terhadap bala bencana yang menimpa, maka dicatat baginya tiga ratus darjat. Yang mana jarak jauh antara dua darjat seperti jauh antara langit dan bumi.”

        Bagi mereka yang teruji dengan ragam isteri atau suami pasti merasa suatu penderitaan yang amat sangat. Memanglah, semua orang menginginkan suasana rumahtangga yang amat bahagia, tetapi ada kalanya sengaja Allah jadikan suami atau isteri sebagai sebab untuk menguji kesabaran kita. Bagi mereka yang menghadapi masalah demikian ingatlah kembali kisah Siti Asiah berhadapan dengan suami yang mengaku dirinya sebagai Tuhan iaitu Firaun dan kisah Nabi Ayub menghadapi isteri-isteri yang minta diceraikan kerana tidak tahan dengan penyakit yang dihidapi oleh Nabi Ayub.

      Mereka yang boleh bersabar de­ngan kerenah suami atau isteri akan Allah kurniakan pahala yang besar sepertimana sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang sabar ter­hadap akhlak yang jelek dari isteri­nya, maka Allah akan memberinya pahala sebagaimana yang diberikan pada Nabi Ayub a.s. Dan mana-mana isteri yang sabar di atas akhlak suami yang jelek maka akan diberi oleh Allah pahala sebagai­mana pahala Siti Asiah isteri Firaun.” Siti Asiah telah dijamin syurga kerana dia sentiasa bermanis muka tatkala melayan suaminya, Firaun yang terlalu derhaka kepada Allah. Oleh kerana Siti Asiah beriman, Allah telah melindunginya sehingga walaupun bersuamikan Firaun, Firaun tidak berpeluang untuk tidur bersama Siti Asiah. Begitulah Allah hendak membuktikan kepada hamba-hamba-Nya yang beriman, kalau mereka benar-benar ikhlas dan bertaqwa kepada Allah, Allah sentiasa memberikan jalan yang mudah untuk mereka membuat amal ibadah.

p/s: huhuhuu bukannya senang utk menjadi penyabar,sikit ja benda yg jadi,bagaikan bom ledak ja dlm hati ni..Ya Allah ku pohon keampunan dari-Mu ..

suntingan 'copy' dr http://kisahteladan.info/iktibar/harimau-tunduk.html#more-646

Seikhlas Kelapa Tua

(Buah Kelapa Tua- ihsan google)

                      Kelapa tua. Semua orang kenal kelapa tua. Tahu pula gunanya kelapa tua itu. Sangat penting dan sangat berguna kelapa tua ini dalam hidup manusia. Namun begitu, kewujudannya tidak dipeduli dan tidak diendahkan orang. Kelapa tua tidak pernah menjadi topik perbincangan. Tidak pernah dikaitkan dengan apa-apa isu atau masalah. Kalaulah kelapa tua ini mempunyai emosi, tidak ramai orang yang akan dapat merasakan dan menyelami perasaannya. Itulah kelapa tua.

                     Kelapa tua pula tidak pernah susah hati kalau orang tidak mempedulikannya. Dia hanya tergantung di atas pokok dan terbuai-buai bila ditiup angin. Tapi, lazimnya elok-elok kelapa tua itu tergantung di atas pokoknya sambil menikmati keindahan alam buana ini dari kedudukannya yang tinggi itu, datanglah orang menjoloknya dengan galah yang panjang. Tidak sabar menunggu kelapa tua itu jatuh sendiri. Bukannya selesa kena jolok-jolok macam itu.

                    Bila tangkainya sudah lemah setelah dijolok beberapa kali, maka gugurlah kelapa tua itu berpusing-pusing ke bumi. Gugur itu pula bukannya rendah. Bukan setakat lima atau sepuluh kaki tapi sampai empat puluh hingga lima puluh kaki. Bunyinya berdentum sampai ke tanah. Waduh! Kalau calang-calang buah, boleh berkecai. Kalau kepala orang, boleh bersepai otak.Masalah kelapa tua ini tidak terhenti di situ sahaja. Ini baru muqaddimahnya. Dia dikutip dan kulit sabutnya dikoyak-koyak dan dibuang sedikit demi sedikit dengan parang cangkuk.Proses ini bukan sekadar sekali tetak. Berpuluh-puluh kali parang cangkuk itu menusuk ke dalam kulit sabutnya.Seksanya tak boleh nak cerita. Mula-mula sakit tusukan. Lepas itu sakit dikoyak dan disiat-siat. Ini berterusan sampai tempurung sahaja yang tinggal. Bila dah sampai ke tempurung, maka tak apalah. Cantik juga rupanya. Keras dan bulat. Tetapi manusia bukan tahu hendak menilai seni yang seperti ini. Tempurung bulat yang cantik itu ditetak pula dengan parang dengan sebegitu kuat hingga terbelah dua di tengah-tengahnya. Maka tersembur dan mengalirlah air jernih dari dalam perutnya dan terdedahlah isinya yang putih bersih.

                  Bagi kebanyakan kehidupan yang lain, kalau sudah sampai ke tahap ini, maka selesailah riwayat hidupnya. Tetapi bagi kelapa tua, ini baru permulaan. Banyak lagi seksaan yang menanti.Tak cukup dengan menyemburkan air dari dalam perutnya dan mendedahkan isinya, isinya yang putih bersih itu dipisahkan dari tempurung, diparut dan dikukur pula hingga menjadi lumat. Tempurungnya dibuang. Kadang-kadang di bakar. Bentuk asal kelapa tua sudah tidak ada lagi. Yang tinggal hanyalah isinya yang sudah lumat dikukur dan di parut. Untuk menambah seksanya lagi, dituang pula air ke dalam isi parut itu, diramas-ramas dan diperah-perah. Alangkah seksanya. Kalau hendak dikirakan, ini sudah terkeluar dari batas-batas perikemanusiaan. Kemudian ia ditapis menjadi santan. Kelapa tua yang dulunya keras dan bulat kini sudah menjadi cecair yang putih. Setelah itu, minyak dipanaskan dalam belanga. Bawang merah, rempah dan rencah-rencah yang lain ditumis. Bila sudah cukup kuning dituanglah santan tadi ke dalam belanga. Maka berpanasanlah santan itu hingga terkeluar minyaknya. Apabila sudah masak dan bau harumnya merebak ke seluruh ceruk rumah, maka orang pun bertanya:

“Gulai apa tu? Sedap sangat baunya?”
Orang di dapur hanya menjawab, “Gulai ikan bawal.”
Gulai dapat nama. Ikan bawal dapat nama.
Orang kata, “Oh! Sedap gulai ni.”
“Oh! Sedap ikan bawal ni.”

Jasa kelapa tua tenggelam begitu sahaja. Perjalanan dan pengalamannya yang begitu panjang dan menyeksakan dari sebiji kelapa tua di atas pokok yang tinggi hingga ke belanga yang panas berbahang, tidak ada siapa yang ambil kira atau ambil peduli.Alangkah indahnya kalau kita dapat berjasa seperti kelapa tua ini. Jasa-jasa bukan untuk dipuji dan dipuja. Bukan untuk dikenang atau untuk mendapat nama, tapi untuk ta’abbud kepada Tuhan. Biarlah jasa-jasa kita tidak nampak di mata orang, tapi ada dalam perhatian Tuhan!

p/s: hehehehehe..benar-benar sekali biografi si kelapa tua...seumpama tidak tahu bila jatuhnya.Walaubagaimanapun jasanya sering kali tidak dimaklumkan.Tanpa kelapa tua,tiadala santannya,tiadalah boleh dijadikan kari..alahai sedihnya manusia-manusia yang kepingin nak masak kari..hee.

suntingan 'copy' dr http://kisahteladan.info/iktibar/seikhlas-kelapa-tua.html

Kisah Sebiji Tembikai


          Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah tembikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
          Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?
Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”. Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
           Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

p/s: Hati mana yang tak marah,iye iye nak makan pastu xsama ngn kehendak..hehehehe..tp kan biasalah buah tu isinya di dalam siapa yg tahu elok ka tidak kan..betul tak? Hanya Allah Taala yang maha Mengetahui segalanya.Renung2kan la ya teman-teman.

suntingan 'copy' drhttp://kisahteladan.info/iktibar/sebiji-tembikai.html

Saturday, January 21, 2012

Perkahwinan Di dalam Islam

 (Gambar hiasan-ihsan Google)

               Agama Islam tidak menganggap perkahwinan itu hanya untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu sahaja tetapi sebagai satu ikatan yang luas dan merangkumi berbagai tanggungjawab dan tugas. Allah s.w.t. berfirman di dalam ayat 21 surah Ar-Ruum yang membawa maksud ;

                "Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang dan sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Di dalam ayat di atas dinyatakan bahawa kaum wanita tidaklah lebih rendah kedudukannya dari kaum lelaki dengan alasan bahawa kaum lelaki itu dijadikan dari unsur yang kuat dan wanita itu dari tulang rusuk yang bengkok. 

Anas R.A. meriwayatkan beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w telah bertanya kepada isteri-isteri Baginda s.a.w. mengenai amalan beliau semasa berseorangan diri. Seseorang dari sahabat tersebut berkata;"Aku tidak akan kahwin". Seorang lagi berkata "Aku tidak akan makan daging" dan seorang lagi pula berkata "Aku tidak akan berbaring di tempat tidur". Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya; "Apakah yang terjadi mereka ini yang berkata itu dan ini sedangkan aku bersolat dan tidur juga. Aku berpuasa dan berbuka. Aku mengahwini wanita juga. Barangsiapa yang berpaling dari sunnahku maka dia tidak mempunyai perhubungan denganku"(Muslim)  .

Sunday, January 15, 2012

Lembaran Baru 2012

Assalamualaikum....Salam sejahtera..


Fenomena bunga api menjadi kemestian dalam menyambut Tahun Baru..heee...kinah tak perlu berasak-asak ke dataran @ mana-mana tempat sambutan,kerana percikan bunga api ini dapat dilihat dengan lebih jelas dan menarik dr belakang dapur sj.

Tambahan lagi di kwsn ini,ada ramai pendatang indon,semenjang ada perayaan @ kesukaan kepada mereka,pastinya dentuman bunga api ini akan kedengaran.

Pada tarikh 1 januari ini, adik bongsu Kinah juga menyambut ulangtahun kelahirannya juga yang ke-21. Sekejap ja si bongsu dah 21, sementelahan si kakak dan masuk 30..hehehehehe...sekejap ja...masa berlalu hari berganti hari,umur pon bertambah.Tapi kami semua celbrate birthday si adik ni lewat seminggu kerana dia sibuk dengan persiapan assignment nya.
Kami membeli KFC dan menziarahi anak buah di U-Thant.Seronok juga.

Terlalu lama,kinah tidak update blog ni.Ada banyak sebenarnya ingin dikongsi,selalu dihalang oleh keslowlan BBND...heee ...