Sunday, January 22, 2012

Kisah Sebiji Tembikai


          Pada suatu hari, seorang ahli Sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir.m. telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk di makan, ternyata buah tembikai itu tidak elok,maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.
          Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: “Kepada siapakah engkau tujukan marahmu itu?
Adakah kepada penjual, pembeli, penanam, atau Pencipta buah tembikai itu?”. Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: “Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu beli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan-Nya.”
           Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

p/s: Hati mana yang tak marah,iye iye nak makan pastu xsama ngn kehendak..hehehehe..tp kan biasalah buah tu isinya di dalam siapa yg tahu elok ka tidak kan..betul tak? Hanya Allah Taala yang maha Mengetahui segalanya.Renung2kan la ya teman-teman.

suntingan 'copy' drhttp://kisahteladan.info/iktibar/sebiji-tembikai.html

No comments:

Post a Comment