Saturday, January 21, 2012

Perkahwinan Di dalam Islam

 (Gambar hiasan-ihsan Google)

               Agama Islam tidak menganggap perkahwinan itu hanya untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu sahaja tetapi sebagai satu ikatan yang luas dan merangkumi berbagai tanggungjawab dan tugas. Allah s.w.t. berfirman di dalam ayat 21 surah Ar-Ruum yang membawa maksud ;

                "Dan di antara tanda-tanda kekuasaannya ialah dia menciptakan untukmu isteri-isteri jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang dan sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."

Di dalam ayat di atas dinyatakan bahawa kaum wanita tidaklah lebih rendah kedudukannya dari kaum lelaki dengan alasan bahawa kaum lelaki itu dijadikan dari unsur yang kuat dan wanita itu dari tulang rusuk yang bengkok. 

Anas R.A. meriwayatkan beberapa orang sahabat Rasulullah s.a.w telah bertanya kepada isteri-isteri Baginda s.a.w. mengenai amalan beliau semasa berseorangan diri. Seseorang dari sahabat tersebut berkata;"Aku tidak akan kahwin". Seorang lagi berkata "Aku tidak akan makan daging" dan seorang lagi pula berkata "Aku tidak akan berbaring di tempat tidur". Rasulullah s.a.w. telah bersabda maksudnya; "Apakah yang terjadi mereka ini yang berkata itu dan ini sedangkan aku bersolat dan tidur juga. Aku berpuasa dan berbuka. Aku mengahwini wanita juga. Barangsiapa yang berpaling dari sunnahku maka dia tidak mempunyai perhubungan denganku"(Muslim)  .

1 comment:

  1. Salam..saya sokong perkahwinan bukan kerana nafsu tapi kerana tanggungjawab yang allah amanahkan,salam perkenalan

    ReplyDelete